Loceng utama Big Ben

Big Ben sebenarnya adalah nama tidak rasmi untuk loceng besar yang digantungkan di dalam rumah loceng di dalam Jam Besar Westminster. Loceng ini adalah sebahagian daripada mekanisme Jam Besar Westminster.

Loceng besar ini mula dibuat pada 10 April 1859 apabila besi lebur mula dituangkan dalam acuannya oleh syarikat George Mears di Stockton-on-Tees. Tetapi loceng ini mengalami keretakan apabila diuji dan retak menjadi dua bahagian. Dengan itu, loceng ini dileburkan semula di Foundri Loceng Whitechapel dan dijadikan loceng yang kecil sedikit daripada loceng asal. Apabila diuji sekali lagi, retak halus berlaku. Keputusan dibuat untuk memusingkan sedikit loceng tersebut dan saiz pengetuknya dikurangkan untuk mengelakkan lagi keretakan.

Asal nama Big Ben dikatakan berpunca dari nama ahli tinju Benjamin Caunt, yang ketika itu paling sohor di Britain. Ia juga mungkin berasal dari nama Sir Benjamin Hall.

Perbadanan Penyiaran British ataupun BBC memulakan penyiaran bunyi loceng Big Ben sebagai tanda waktu pada 31 Disember 1923. Satu mikrofon dipasangkan di dalam rumah loceng Jam Besar Westminster dan dihubungkan terus ke Broadcasting House, London. Bunyi loceng ini masih digunakan oleh BBC sebagai tanda waktu sehingga hari ini.

Rujukan

WikiPedia: Big Ben http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=10000102&si... http://www.earthcam.com/uk/england/london/bigben.p... http://www.bigben.freeservers.com/index2.html http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=london&ll=... http://widgets.opera.com/widget/4961 http://www.skyscrapernews.com/buildings.php?id=452 http://widgets.yahoo.com/gallery/view.php?widget=3... http://www.ctbuh.org/Portals/0/Tallest/CTBUH_Talle... http://big.ben.gallery.sytes.org/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B...